Pembantu Operasi Gred N11
| ||||||||||||
Kumpulan: Pelaksana | ||||||||||||
Kem/Jab:Pelbagai Kementerian/Jabatan | ||||||||||||
Jadual Gaji: | ||||||||||||
| ||||||||||||
Syarat Lantikan: | ||||||||||||
i. | warganegara Malaysia; | |||||||||||
ii. | berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; | |||||||||||
a) | Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM847.99); atau | |||||||||||
b) | PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM894.14). | |||||||||||
iii. | Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. | |||||||||||
Deskripsi Tugas: | ||||||||||||
Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan. Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)]. SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM |
Thursday, 18 December 2014
Deskripsi Tugas Pembantu Operasi Gred N11
Majlis Penyerahan Fail Meja Gabungan AKS Pejabat Pendidikan Daerah Segamat 2014
Telah Diadakan Pada 17 Disember 2014 (Rabu)
Di Dewan SJKC Seg Hwa, Segamat.
Senyum itu satu sedekah...
Dari Abu Dzar r.a., Rasulullah S.a.w bersabda :
"Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah."
(Hadith Riwayat Bukhari)
Tarian Zapin Oleh
PPM Sekolah-Sekolah Daerah Segamat
Dewan Negara: Kerajaan Pertimbang Semak Kadar Elaun Rumah Penjawat Awam Tahun Depan
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kerajaan akan mempertimbang untuk menyemak semula kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) penjawat awam pada tahun hadapan, selepas kali terakhir imbuhan itu disemak pada 2005.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata kerajaan prihatin menjaga kebajikan penjawat awam dengan membuat semakan gaji dan elaun dari semasa ke semasa supaya ia sejajar dengan kos sara hidup.
"Pada tahun hadapan, kerajaan akan mempertimbang semula semakan kadar ITP ini sejajar dengan kos sara hidup semasa. Namun begitu, ia bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani yang bertanya sama ada kerajaan bercadang menaikkan elaun perumahan bagi penjawat awam di negara ini.
Shahidan berkata ITP ditentukan mengikut gred perkhidmatan pegawai, dan ia diberikan kepada penjawat awam yang tidak menduduki rumah kerajaan atau rumah yang disewa oleh kerajaan.
Semakan terakhir kadar ITP pada 1 Januari 2005 telah menetapkan kadar ITP bagi kumpulan pelaksana dinaikkan daripada RM135 kepada RM180 sebulan, katanya.
-- BERNAMA

Thursday, 11 December 2014
Penyemakan Fail Meja Pembantu Operasi
Pada 11 Disember 2014 (Khamis)
Di Bilik Seminar
Pejabat Pendidikan Daerah Segamat
Pihak KEPSI mengucapkan ribuan terima kasih
kepada KEPTAN Daerah Segamat
kerana sudi membantu melancarkan program tersebut.
Jasa Mu di kenang jua.
Senyum itu satu sedekah...
Dari Abu Dzar r.a., Rasulullah S.a.w bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah." (Hadith Riwayat Bukhari)
Dari Abu Dzar r.a., Rasulullah S.a.w bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah." (Hadith Riwayat Bukhari)
Subscribe to:
Posts (Atom)